TEPUNG SUSU KAMBING SANAA (TSKS)


Untuk Mengembalikan Kesihatan Semulajadi Anda

 

Susu Kambing adalah minuman kegemaran Nabi saw. Malah kebanyakan Nabi-Nabi terlibat dengan pengembalaan kambing termasuk Nabi Ibrahim dan Nabi Isa ‘Alaihumas Salam. Kalau begitu keadaannya, tentu ada kelebihan dan khasiat yang tersembunyi di dalam kandungan susu kambing.

Kajian menunjukkan, kandungan susu kambing mempunyai banyak persamaan dengan susu ibu. Jadi .. kalau bayi boleh hidup dengan sihat dan sukar mendapat penyakit dengan hanya meminum susu ibu semata-mata maka begitulah juga yang akan dikecapi oleh mereka yang menjadikan susu kambing sebagai minuman harian sekurang-kurangnya sehari sekali samada sebelum sarapan atau sebelum tidur.

Justeru itu, susu kambing yang kaya dengan Protin, Enzim, Mineral Selenium, Asid Lemak Baik, Bahan Bio-organic Sodium serta mempunyai pH beralkali menjadikan ia sebagai minuman yang baik untuk membantu mengatasi masalah kesihatan seperti gastrik, migrain, lelah, senggugut, darah tinggi, kencing manis, masalah penyakit kulit, ulser, hepatitis A, sakit kuning, radang sendi, lemah tulang, pemulihan selepas pembedahan, memulih tenaga batin, membantu pembentukan tulang, otot dan gigi serta ia juga berfungsi sebagai minuman anti penuaan.



SERBUK SANAA

Sanaa juga disebut sebagai Senna atau bahasa saintifiknya Cassia Angustifolia. Daripada Asma r.a, Nabi saw pernah bersabda dengan maksudnya, ‘Jika ada penawar bagi mati nescaya ianya ada pada Sanaa.’ (Hadis riwayat Hakim, Ahmad dan Tarmizi).

Merujuk kepada  kenyataan Nabi saw maka ulama silam khususnya yang mendalami dalam bidang perubatan telah mula membuat kajian terhadap Pohon Sanaa. Hasil kajian, didapati Pohon Sanaa merupakan penawar yang mujarab terhadap banyak penyakit bahkan ianya juga didapati bukan sahaja merawat penyakit malah yang lebih menakjubkan lagi ia merawat punca sesuatu penyakit itu sehingga ke akar umbi.

Lebih menakjubkan lagi, Sanaa bukan sahaja merawat penyakit zahir malah ia juga mampu merawat masalah emosi dan yang berkaitan dengan mental.

Yang pasti, Sanaa terkenal sebagai pencahar iaitu dengan melakukan aktiviti mencuci perut yang merupakan tempat dan punca kebanyakan penyakit. Bahkan Menurut Dr.Sebler, pakar dalam bidang rawatan sembelit : “… kebanyakan ubatan yang dicipta sebagai rawatan sembelit adalah dicampur dengan Sanaa.”

Secara ringkasnya,berdasarkan tulisan ulama dan ahli-ahli perubatan silam seperti Imam Al-Munawwir ketika menyingkap hadis Ummi Haram dan hadis Anas, Al-Imam Ibn Al Qayyim ”Al-Tibb Al-Nabawi”, Al-Allamah Al-Azraq “Tashil Al-Manafi’”, Al-Imam Al-Zahabi “Al-Tibb An-Nabawi”, Ibn Sina “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Daud Al-Antaqi “Al-tazkirah”, Al-Muwaffaq Al-Baghdadi “Al-Arbain Al-Tibbiyyah”, Yusuf  Al-Turkuman “Al-Muktamad”, Al-Sultan Al-Asraf dan ramai lagi dari kalangan yang pakar dalam bidang perubatan Islam di zaman silam, dapat disimpulkan bahawa Sanaa adalah penawar pelbagai penyakit. Kata Al-Imam Munawi sehingga tidak terbilang banyaknya.

Berdasarkan kajian ulama silam dan pakar-pakar perubatan moden yang menulis tentang Sanaa seperti Dr Muhammad Ali Al-Bar, Dr Sebler dan lain-lain terhadap Pohon Sanaa, mereka mendapati Sanaa terbukti mampu membantu mengatasi masalah kesihatan seperti berikut :

  1. Masalah Kesihatan Fizikal
    1. Sakit kepala berpanjangan termasuk migrain.
    2. Kejang urat, sakit / lenguh-lenguh sendi di kaki, lutut bahu dan leher yang menyebabkan badan lesu, letih dan tak bermaya.
    3. Sembelit dan gejala usus.
    4. Penyakit kulit yang berpunca daripada darah dan gatal-gatal.
    5. Batuk, Balgham atau kahak yang keterlaluan.
    6. Jerawat dan jeragat.
    7. Ghout.
    8. Kemandulan, kanser, darah tinggi kerana sifatnya sebagai pembersih darah, mengenyah toksin serta keracunan dan anti virus.
  2. Masalah Kesihatan Mental dan Emosi
    1. Murung
    2. Histeria
    3. Sawan / gila babi.
    4. Stress dan tekanan jiwa.

Begitulah hebatnya ciptaan tuhan terhadap Pohon Sanaa. Kehebatannya diketahui dari PesuruhNya, Rasulullah saw lalu dikaji dan disahkan pula oleh ulama silam yang pakar dalam bidang perubatan dan pemakanan.

Oleh yang demikian, gabungan TEPUNG SUSU KAMBING dengan SERBUK SANAA serta BARLI & KOLAGEN telah menjadikan minuman TEPUNG SUSU KAMBING SANAA sebagai minuman terbaik untuk memelihara dan mengembalikan kesihatan semulajadi, bagi mereka yang mengamalkannya.


CARA-CARA PENGAMBILAN TEPUNG SUSU KAMBING SANAA

Amalkan setiap hari sebaik-baiknya dengan meminum sebelum sarapan dan sebelum tidur. Anda akan lihat keberkesanannya dalam tempoh 1-2 minggu. Untuk mempastikan anda mendapat kesihatan yang terbaik, amalkannya selama sebulan.

Selepas sebulan, anda hanya perlu minum sehari sekali sahaja atau 2 hari sekali.

PERHATIAN

Oleh kerana Tepung Susu Kambing Sanaa ini beroperasi membantu merawat masalah kesihatan hingga ke akar umbi maka terdapat beberapa kemungkinan tindak balas yang perlu diketahui oleh mereka yang meminumnya :

  1. Kemungkinan anda akan dapati begitu lawas dalam pembuangan air. Semuanya ini adalah ekoran daripada pembersihan perut, saluran darah dan proses menyahkan toksin dan keracunan yang telah lama bersarang dalam badan anda.
  2. Kemungkinan anda akan merasa sengal dan sakit sendi-sendi atau kaki atau pinggang. Ini adalah proses menyahkan lendir-lendir dan angin yang ada dalam badan anda yang menyebabkan selama ini anda merasa kekejangan urat sehingga menyebabkan anda sering keletihan, sakit kepala, lenguh-lenguh badan dan sering berfikiran buntu.

Sekiranya kemungkinan di atas berlaku pada anda atau apa-apa tindak balas lain maka anda hanya perlu mengurangkan pengambilan daripada 2 kali sehari kepada 1 kali sehari. Selepas 2 minggu, anda perlu kembali semula kepada pengambilan 2 kali sehari selama sebulan.

Mudah-mudahan anda akan mendapat kebaikan daripada kebaikan 2 makanan sunnah ini.